blog nih hanya luahan pendapat peribadi pandangan isi hati mengenai realiti hidup seorang manusia. BERSIH dan tidak mengandungi unsur-unsur yang tidak lazat dihati.insyaAllah. aku takde la baik sangat tapi aku suka berusaha untuk menjadi baik. aku pun manusia biasa, so maaf dipinta sekiranya terdapat salah dan silap dalam me'create' entries.

nafas hangis hamis ke wangi mangi?

assalammualaikum wbt..

salam sejahtera buat yang membaca...salam sejahtera sangat jugak buat yang cuci mata. straight to the point. entry berkaitan nafas. perkataan 'nafas' dalam entry nih adalah dimaksudkan 'kata-kata yang keluar dari mulut' oleh pembuat entry.* aku la tu..* kenapa la pulak aku nak cakap pasal kata-kata pulak la kan? takde sebab politik ke hape ke.ngade ngade jek nak share.

rujukan:
kata-kata yang buruk = nafas hangis hamis
kata-kata yang cantik = nafas wangi mangi

ok. untuk pengetahuan anda semua, bak kata cik ida waida, dalam belog beliau bicara sang ratu, kata-kata adalah satu doa, dan yang nak ditekankan disini ialah, kata-kata yang baik akan menjadi doa yang baik, kata-kata yang buruk akan menjadi doa yang buruk.

 berdasarkan pengalaman hidup aku selama ni, doa kita yang baik untuk seseorang, insyaAllah Allah yang satu akan kabulkan ke atas orang yang kita doakan itu. contoh kata-kata baik yang akan menjadi doa baik : 
"pandainya aneesa aqilah ni berkata-kata, agak berhemah caranya..."
*erk!    hee..so kata-kata ni la akan menjadi doa untuk aneesa aqilah ni haa..

 tetapi macam mana pula dengan doa yang buruk? kalau kata-kata yang buruk, most-of-them akan menjadi doa kepada si pembuat kata-kata tu. siapa pembuat kata-kata tu? haa, orang yang berkata-kata buruk tu la. yang tak berapa nak manjaga adab berkata-kata. contoh:
"aneesa aqilah tu pandai membebel je, bukan ada point pun dia cakap"
haa..ayat macam ni la yang akan menjadi doa buruk yang secara tak sengaja sebenarnya doa itu untuk diri anda sendiri.

jadi kawan-kawan..jaga lah setiap perkataan yang kita keluarkan dari mulut kita ni, untuk menjaga perkataan yang menjadi perlakuan (habit) ni, kita kena la jaga hati kita. jaga fikiran kita. sebelum kita berfikir yang buruk-buruk tentang orang lain, fikir dulu banyak mana keburukan kita. sebelum kita mencela orang lain dalam hati, sebelum kita berkata buruk tentang orang lain, perbaiki la kelemahan diri kita.

fikir lah kawan-kawan, kata-katayang  kita guna, ayat yang kita sampaikan, itu lah lambang dan imej diri yang kita bawa kepada orang lain. kalau buruk kata-kata kita, buruk lah imej kita. kalau cantik kata-kata kita, cantik lah imej kita. kadang-kadang, sesetengah orang menilai kata-kata seseorang yeng lain untuk melihat setinggi mana ilmu yang dia ada. so, pandai-pandai fikir la ye.

thats all.

p/s: jenguk -jenguk la blog cik ida waida, banyak nasihat yang dia kongsi. ^_^



terima kasih.kalau suka sila like!

feedback untuk incik stalker


*thanks kepada incik google

assalammualaikum wbt..

setiap manusia nak hidup bebas. lagi2 dengan konsep jiwa merdeka.

dalam dunia ni wujud pelbagai jenis stalker blog. yang hensem,santek,huduh,jejamban, <--- jiwa penulisan, bukan paras rupa

"blog anda huduh, taknak follow"

"shedap mata memandang blog nih"

"entry cam hampeh, jangan harap nak like"


wahai incik stalker, blog ini dan kebanyakan blog di list kan dalam kategori 'personal blog'. so its depend dengan empunya blog la nak create entries macam mana. nak design blog macam mana. lagi2 kalau dah kat blog tu dah terang-terangan bertulis "this is my territory"..so,tak payah nak berjiwa sangat la dengan hak orang lain.

blog ni:

  1. bebas untuk di follow. terpulang kepada pembaca samada nak follow ataupun tidak. hak masing-masing. takde paksaan. even aku juin "jom tambahkan follower" pon aku tak letak ayat "sila follow kembali" sebab aku tau blog ni tak sebagus mana.*tapi kalau nak follow pe salahnya. diaalu alukan.
  2. bebas untuk di like. yang ni pun ikot hak masing masing. dengan jiwa merdeka anda, anda tau mana yang bagus. blog nih pun takde nak pakse-pakse untuk like. kalau suka sila like, kalau tak suka tak payah like. kalau suka tapi taknak like pun takpe. macam la aku tau kan korang suka ke tak. hati masing-masing. im not a psychologist.
  3. bebas untuk dikomen. perhatian kepada stalker. nak jadi stalker pun kena pandai main ayat. guna ayat sedap and bertauliah sikit. blog ni diharapkan BERSIH. please mine ur words. kalau tak tahan nak guna ayat kurang bersih, campak ayat tuh kat shoutmix bawah tuh. kalau rajin aku layan la..
  4. bebas untuk di kritik tapi dilarang mengutuk. kritik adalah teguran, nasihat untuk membina semangat kepada orang yang diberi teguran. kutuk pulak ialah mencaci maki. sumber kamus dewan berperpustakaan. so sila pandai membezakan dua perkara tersebut.
  5. adalah hasil nukilan sendiri dan orang lain. tujuan blog ni sememangnya untuk hidup personal empunya. tetapi adalah hobi si empunya untuk berkongsi kongsi ceritera sampingan. justeru, sememangnya anda akan jumpa hasil tulisan orang lain dalam blog ni, pe yang pasti, segala entry bukan dicuri. empunya akan men'credit'kan kepada penulis dengan cara tagging penulis sebenar, promote penulis sebenar, puji dan pujian kepada penulis sebenar. kalau terjumpa entry hasil copy yang tidak di tag, yakin lah, penulis sebenar yang suruh sebarkan tanpa hilang sebarang ayat. "sebarkan dakwah walau sepotong ayat".
justeru incik stalker. beware. im watching u. 






*aku tak marah, geram-geram manja jek.
terima kasih.kalau suka sila like!