blog nih hanya luahan pendapat peribadi pandangan isi hati mengenai realiti hidup seorang manusia. BERSIH dan tidak mengandungi unsur-unsur yang tidak lazat dihati.insyaAllah. aku takde la baik sangat tapi aku suka berusaha untuk menjadi baik. aku pun manusia biasa, so maaf dipinta sekiranya terdapat salah dan silap dalam me'create' entries.
Showing posts with label depan mata. Show all posts
Showing posts with label depan mata. Show all posts

harimau malaya dah cuba yang terbaik..kot?

assalammualaikum wbt n salam sejahtera..


http://www.emocutez.com
oh tidak!
hakikat yang perlu diterima.
harimau malaya tumpas dengan singapura?
paling tak tahan, di padang sendiri??

isk3..
tak tau la samada disebabkan oleh harimau yang tetibe jadi kucing..
takpun singapura yang hebat sangat.

pape pun..
tahniah..
player2 dah buat yang terbaik..

credits to 


amirulhadi, 

safee sali 

and 
khairul fahmi che mat..

seriously ..
performance anda bertiga sangat cute malam nih..
http://www.emocutez.com



SINGAPURA?
bukan nak kata la..
singapura pun hebat gak..
player semua sangat berbakat..
bakat ala ala rosyam nor  and  aron aziz..
haish~
http://www.emocutez.com
lepas nih maybe kite bleyh panggil aron aziz turun man bola wakil harimau malaya kot..
hee..~



kepada harimau malaya..
walaupun anda tumas dengan singapura malam nih..
jangan sekali kali give up k!
jangan..~
http://www.emocutez.com
teruskan usaha anda..
ok!!

tu jek..wassalam~


terima kasih.kalau suka sila like!

lelaki kacak bersama jenazah?


olla..+ salam...


haaa..
kali nih nak kongsi cerita pasal satu cerit
a yang aku terbaca nih..

dari kecik sampai besar,
mak and ayah dah tekan kan kat kita,
ngaji..jangan tak ngaji...
start ngan iqra'..
di follow ngan muqaddam,
then sampai la ke Al Quran..




mak ayah aku la..xtau la pulak mummy daddy korang suruh ke tak..

http://www.emocutez.com


dari kecik la aku tertanya-tanya,
apsal la parents aku wajibkan aku belaja ngaji,
hari- hari plak tu..

bukan aku tak nak..tapi
al maklumla..
banyak sangat kerabat 'nates' kat keliling nih,
so agak malas gak la..

************
mak ayah cakap,
bagus kalau kita baca ayat Quran,
apatah lagi kalau kita faham..
and bertambah bagus sesangat kalau kita amalkan ape yang kita baca and paham tu..

nak tau kenapa bagus nya??
meyh baca note bawah nih..hee
sila..sila..
jangan malu..


Hadis yang Menarik Rasulullah S.A.W

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

Saat Anda membwa Al-Quran, syaitan biasabiasa saja...tengok je..

Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga.

Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah.

Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan.

Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari.ia stroke...



so..

jom la kita beramai-ramai men 'stroke' kan 'nates'2 keliling kita nih..

baca Quran hari-hari..

xpe kalau xpaham, kita cuba slow2 k..

http://www.emocutez.com


xyah nak deras sangat la kalau da tak reti tuh..!


mula2 baca, then kita pahamkan..

camne nak paham? tak blaja Arab?

oo..xpe..aku pon xpaham arab, sebab aku pon xbrape pandai arab nih..

dulu blaja arab takat darjah 5 jek..

jadi kalau dah xblaja tu, jum la kite pahamkan dari tafsir Al-Quran plak..k


bukan la aku nak paksa korang kan,

aku galakkan jek..

xpe kalau korang xnak

....

tapi pikir la..ntok masa depan korang gak..

dunia n akhirat..

kalau akkhirat xnampak,

meyh ce tengok kesan dunia plak..

cmni..

nanti korang da kawen,

dapat anak...

anak tanye..

"mama, camne nak bace ayat nih..?"

....

korang nak ke jawab

"ala dik, mama pon xtau..adik bace sendiri ea.."


teruk bebeno nye pon..

jadi, sesesedaaaar la sesesesesikit..

...

maghi beramai2 ea..

ok..

http://www.emocutez.com

wassalam...


terima kasih.kalau suka sila like!

jum like photo nih beramai ramai


olla olla!
k..kengkawan,
request teman terbaik aku, nak korang like photo nih untuk contest "snap and win"
korang buleyh like photo nih kat link bawah nih k..

sini

kalau xbleyh like, makne nye korang kena like fan page dye dulu, then baru like kat photo nih k..
orite..
jasamu dikenang!!

adios gogos!

cauwwww~~




http://www.emocutez.com
terima kasih.kalau suka sila like!

Kaedah selamat dari maksiat

holla..salam
http://www.emocutez.com
semperna Raya Cina nih, aku share la sedikit sebanyak kaedah nak selamatkan diri daripada maksiat..*xde kene mengena
hee..
ok.


Rasulullah saw pernah bersabda,
setiap anak cucu keturunan Adam itu berdosa, dan sebaik-baiknya orang yang berdosa ialah yang mahu bertaubat.
HR At-Tarmidzi (2499), Ibnu Majah (4251), dan Ahmad (111/198)

antara kaedah2 yang ada,
  • Anggap dosa sebagai masalah yang besar
-seorang mukmin yang bertakwa, yang takut dan mengagungkan Tuhannya, ia akan menganggap bahawa dosa yang dilakukannya adalah satu masalah yang besar. baginya kesalahan yang dilakukan nya terhadap Allah swt bukanlah persoalan yang ak bererti.
-maknanya, anda perlu menganggap bahawa setiap dosa itu adalahsesuatu masalah yang besar, bukanlah perkara yang perlu dipandang remeh sahaja sekaligus meningkatkan sensitiviti terhadap dosa.
-setiap dosa samada kecil atau besar, ianya tetap dosa. justeru, dengan menganggap setiap dosa adalah masalah yang besar, kita dapat mengurangkan kadar perlakuan dosa yang selama ini kita lakukan, sehingga perlakuan dosa ini dapat dihentikan.
" sesungguhnya kalian biasa melakukan amal perbuatan yang dimata kalian lebih halus daripada sya'ir (gandum). padahal pada zaman Nabi saw kami menganggapnya termasuk dalam perbuatan yang merosakkan amal2 kebajikan."
  • jangan meremehkan dosa
"janganlah sekali-kali kalian meremehkan dosa, kerana sesungguhnya ia boleh menumpuk jadi satu pada seseorang untuk menghancurkannya. sesungguhnya seperti hal itu, Rasulullah saw pernah membuat perumpamaan seperti suatu kaum yang beristirehat di sebuah padang sahara. ketika tiba waktunya mereka hendak bersantap, salah seorang mereka berganjak pergi dan pulang dengan membawa seatang tongkat, sampai akhirnya boleh terkumpul menjadi banyak. mereka menyalakan api dan memasak apa sahaja yang mereka lemparkan ke dalamnya."

-
perumpamaan tadi merupakan perumpamaan yang sangat tepat dari manusia yang apabila terhimpunnya dosa2. memang tak berapa difikirkan sangat sebatang, dua tongkat yang dibaa datang,ianya tidak boleh digunkan untuk apa2. tetapi apabila tongkat itu cukup banyak sehingga menjadi setumpuk kayu bakar, ianya boleh digunakan untuk menyalakan api dan memasak hidangan.
-maksudnya, sekecil mana pon dosa, selagi ia diremehkan oleh seseorang manusia, ianya akan bertambah dan bertimbun menjadi banyak. dan akhirnya dosa kecil yang diremehkan tadi menjadi dosa yang besar.

"bersihkan dosa2 itu, baik kecil apalagi yang besar.
berbuatlah seperti orang yang berjalan di atas tanah yang berduri,
ia akan selalu waspada terhadap setiap yang dilihatnya.
jangan anggap remeh dosa yang kecil,
kerana sesungguhnya gunung itu berasal dari tompokan kerikil2 kecil."
  • jangan hebah apabila berbuat maksiat
pernah aku terbaca, yang ada beberapa nash agama yang munujukkan bahawa perbuatan maksiat yang dilakukan seseorang secara sembunyi2 itu lebih ringan dosanya daripada yang dilakukannya secara terang2an.

-bersumber dari Abu Hurairah ra,
Aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda : "Semua umatku diampuni kecuali orang2 yang melakukan perbuatan meksiat secara terang2an. salah satu contoh melakukan perbuatan maksiat secara terang2an ialah apabila seseorang melakukan perbuatan pada malam hari, pdahal Allah menutupinya, namun kemudian pada pagi harinya ia bercerita kepada orang lain:" hai polan, semalam aku melakukan ini dan itu". sebenarnya ia tidur malam dengan ditutupi aibnya oleh Tuhannya, tetapi pada pagi harinya ia menyingkap sendiri tabir Allah itu darinya."

  • taubat yang tulus dan benar
1) Tuhan gembira atas taubat hambaNya.
2)susuli maksiat dengan taubat
3) merasa hina dan remuk redam hatinya di hadapan Allah
*entry akan datang akan diulas lanjut mengenai taubat nih k..!
  • berdosa lagi? taubat la lagi..
seorang manusia kebanyakannya anak muda terjerumus ke dalam dosa. dia menyesal, bertaubat dan tidak mahu melakukannya lagi. tetapi kemudian dia berdosa lagi. dia menyesal lagi dan bertaubat kembali. demikian seterusnya, pada saat itu dia bertanya, "apakah aku masih lagi boleh bertaubat dan bertaubat lagi?"
sebenarnya kawan2, pertanyaan itu adalah sengaja dihembuskan oleh syaitan. makhluk durjana ini sengaja menggoda anak muda supaya berhenti bertaubat dan terus menerus dalam keadaan bermaksiat tanpa bertaubat.

"dosa yang pertama telah lewat, dan aku telah bertaubat darinya. ini adalah dosa lain, maka aku pun harus bertaubat lagi darinya. aku lebih baik mati atas taubat daripada mati dalam keadaan terus menerus berbuat dosa."

........................
bersambung
...........................

http://www.emocutez.com
terima kasih.kalau suka sila like!

"Lena dalam sedar"


Aku Tahu , Tapi Aku masih lagi tak nak berubah...


Aku Tahu, Tapi Aku Mahu...

Sabda Nabi: huffat al jannah bil makarih, wa huffat an nar bissyahawat.

(jalan ke syurga itu penuh dengan kesusahan, jalan ke neraka itu penuh dengan syahwat.)

aku tahu hidup dunia cuma sementara

tapi seolah-olah ku hidup untuk selamanya

aku tahu segala amalan bakal dihisab,

tapi masih kulupakan alam akhirat

aku tahu rakib atid setia di sisi mencatat amalan

tapi maksiat masih berterusan

aku tahu solat itu penting

tapi selalu memandangnya enteng

aku tahu solat itu tiang agama,

tapi sering saja aku lewatkannya

aku tahu ajalku tiba bila-bila masa sahaja,

tapi solat masih tak dijaga

aku tahu berat amanahku sebagai hamalatul quran,

tapi masih liat nak mengulang

aku tahu aurat itu aib diri,

tapi masih x pandai menjaga diri

aku tahu cinta itu fitrah,

tapi aku jadikannya fitnah

aku tahu apa itu dosa apa itu pahala,

tapi aku seolah x endahkannya

aku tahu Allah sentiasa memerhati

tapi sering kulakukan maksiat secara sembunyi

aku tahu ujian Allah pasti ada hikmahnya,

tapi aku sering berputus asa

aku tahu aku ini hamba-Nya

tapi masih hanyut dengan dunia

aku tahu azab-Nya api neraka,

tapi masih kulakukan maksiat pada-Nya

aku tahu betapa nikmat kehidupan di syurga

tapi x berusaha untuk medapatkannya

... ... ... ... ... ... ...

Ya Allah, banyaknya benda yang telah aku tahu, tapi buat seolah- olah tidak tahu..

sedangkan Nabi berkata: tidak berguna ilmu seseorang itu sehingga dia mengamalkan ilmu tersebut. kenapa aku jadi begini. aku tahu AKU INI MUSAFIR SAHAJA DI DUNIA DAN DESTINASI TERAKHIR IALAH AKHIRAT. tapi aku seolah- olah menjadi hamba dunia.

1 tamsilan untuk sama2 kita renungi dalam diri kita: 'kenapa dalam hal dunia kita pasti nakkan yang terbaik, tapi bab akhirat selalu saja kita mencari alasan utk menjadi yg terbaik'... Hanya ingin mengutarakan beberapa persoalan untuk kita renungi bersama: 'Kalau pointer, pasti semua berusaha sehabis daya untuk mengejar pointer 3.5 and above, semua pasti mahukan yang terbaik. Tapi dalam bab agama, kenapa kita tidak berusaha untuk menjadi yang terbaik juga??'... Diri saya sendiri, terlalu susah untuk istiqamah dengan amalan tertentu, solat di awal waktu, menjaga mulut daripada dosa dan banyak lagi...

Apabila ditanya, pasti kita mejawab KESUNTUKAN MASA, BADAN PENAT, X NAK JADI HIPOKRIT dan macam2 lagi alasan yang dijawab oleh nafsu... TAPI,kenapa kita mesti mencari alasan utk sesuatu yg berkaitan dengan akhirat, tapi bukan untuk dunia. Kalau untuk dunia, pasti ada kata-kata motivasi yang membisikkan di telinga: there's a will, there's a way...

banyaknya benda yang aku tahu, tapi masih mahu melakukan maksiat pada-Mu. ampuni aku, pimpinlah aku ke jalan yang benar.

Wahai Tuhan ku tak layak ke syurgaMU,

namun tak pula aku sanggup ke nerakaMU

ampunkan dosaku terimalah taubatku

sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar..

Di mana bumi dipijak, di situ ISLAM dijunjung.

Jika bukan kita siapa lagi?

jika bukan sekarang bila lagi?

Jika bukan di dunia, di mana lagi?



p/s: Jaga lah Allah, Allah pasti menjagamu..


terima kasih.kalau suka sila like!

mEnciptA seJaRah dEngaN pEtikAn SeRibu GitAr!

19 nov..
dengan rela hatinya berbungkus-bungkusan beg pulang ke pengkalan UKM ku..
dengan rela hati gak la berkampung selama 1/4 bulan..
hasrat di hati menemui penawar keboringan pabila stay kat rumah..
sememangnye tercapai!
dengan menjadi LO untuk event
LARGEST GUITAR PERFORMANCE yang di handle oleh UKM ..
meyh ceriter sikit pe sebena nya event nih k!

largest guitar performance nih adalah persembahan gitar terbesar di Malaysia..event nih diadakan sempena Festival Malaysia Inovatif 2010 yang dirasmikan oleh PM kite sendiri ..anjuran MOSTI!
Ministry of Science, Technology and Inovation
kirenye, a part of malam penutup festival is largest guitar performance..heee
malam penutup atau largest guitar performance nih berlakunya pada 25 nov, 830pm kat bukit jalil..


lagi..lagi..lagi..hmm
event nih melibatkan 1000 guitarist n baru dicatatkan dalam MBOR - Malaysia Book of Records..tercatat cuz ianya melibatkan 1000 guitarist..



tapi dalam catatan kami, lebih daripada 1000 guitarist yang take part..congratez! haha
k..k..k..hmm


DECTAR adalah venue pemprosesan pembinaan sejarah..
segala bengkel latihan gitar dijalankan di DECTAR..
KIY n KIZ adalah venue ntok bergantung teduh atap zinc bagi melebarkan sayap ketiduran..(bagi kanak2 perempuan, akak2, n macix2)
KBH n KRK ( kajai) bagi lelaki, abang2 n pacix2..

okkeyh!

berkampung kat dectar start 20 nov..
20 nov- registration bagi guitarist..
ako0 yang sebenanye jaga part jamuan tetibe plak terbidan terjun jaga kaunter pertanyaan..
yang xtahan tuh, kaunter pertanyaan jadi kaunter pendaftaran, eh silap..kaunter isi borang pendaftaran..so sangat semak la k..

*ako0 adalah penyegan =.="

registration sebenanye 19 nov jek, tp disebabkan ramai lagi yang register pada hari berikut n berikut nye, kami terime jek participants event dye register 24nov pon kami terima..
19 nov malam - taklimat pembahagian kumpulan dah pon disampaikan.
untuk pengetahuan anda, 1000 pemain ini dibahagikan kepada 5 kumpulan dimana berbeza tahap kebulehan bermain gitar..
bende nih ikot ranking.. 1-pro, 5- sgt kurang pro
ade faham???
hee..

kalau nak tau, rody kristal pon juin event nih..hehe.. n nak dikembangkan lagi, ako0 orang 1st recognise dye! *prasan jek ako0~tp btol..xtipu pye..hahahaa

###
terjadi pada suatu malam..
*xpasti pkul brape..hmm
rody : hmm..erk..kat mana meja pendaftaran ea..?
ako0 : erk..rody ea? (jantung berdegup laju...dup dap dup dap..)
rody : erk..haah..saya rody..(sambil konpius, "ako0 kenal minah nih ke?")
ako0 : erm, nak daftar ea..kat sini pon buleyh..heee..(jelllek btol diri nih..isk)
rody : erk..ok..ok..
ako0 dengan lajunye g kat katy, n ckp.. "weyh, katy..mulut shahrul masin!"
bukan pe, cuz shahrul penah berkata2 kepada ako0 n katy, "ntah2, geng2 kristal pon juin kan..kn..kn...?"
so..betol laa..rody dtg juin..haha
then, selepas pendaftaran incik rody, kami pon dengan bersuka suki nye snap gambar dengan incik tersebut..haha..
tarrraa!!!

cdt t0 aqiem!

####

21 nov - bengkel latihan gitar pon start..
mereka2 yang bermain gitar berlatih mengikut kumpulan yang telah dibahagikan..
kirenye kumpulan 4 n 5 maen streaming , n kump 1,2,3 maen plucking..
lebeyh kurang camtuh lah..*sori kalaw salah eja..heee

*mereka berusaha berlatih-ayat skema..

*tatkala penat berbengkel, posing jap..

dipendekkan cerita,
latihan berlansung selama beberapa hari sehingga 24 nov..

kami sebagai L0 melakukan apa sahaja kerja yang telah samada diwujudkan atau terwujud dengan tidak sengaja..
keselamatan, kebajikan, segala hal yang berkaitan dengan peserta, kami uruskan..hee..
antaranya???
jap ea..

* collect name participants yang dapat cabutan bertuah..( 100 buah gitar telah disediakan untuk cabutan bertuah..fuh!)

*bentang bendera untuk plan formasi malaysia inovatif..formasi tuh dilakukan pada malam penutupan..besar kn bendera nih..hu~~penat!

*susun kerusi jadi bentuk u camni untuk latihan mereka2..satu baris de 80 kerusi, ade dlm bape baris tuh? congak2, agak2 bape banyak kerusi yang kami kena susun?? haaa..cepat kira~

*dah susun kerusi, LO kena susun participants plak cuz nak kena angkut mereka2 g ke bukit jalil 24 n 25 nov..isk3..pnt..-sempat posing jap..haha!

banyak lagi yang L0 kena buat, tapi xdan nak letak byk2 kn dlm blog nih..penuh2 jek nnt ngan L0 .. haha!

pada 24 nov malamnye, rehearsal diadakan di bukit jalil..
kami berkampung plak kat bukit jalil start dari 300pm hingga 11 pm..isk3..ponat den!
*pacix polis pon juin iringi perjalanan ke bukit jalil..

dah rehearsal, dah siap semua persiapan, malam kemuncak pon bermula dengan jayanya..

*lagu Negaraku dinyanyikan dengan penuh semangat!

dewan dipenuhi dengan 1000 pemain gitar!



*formasi 1 malaysia n bendera Malaysia

*mereka sangat bergembira setelah selesai persembahan~fuuu..terharu

sesudah malam penutup, participants dihantar semula balik ke UKM, dan dibenarkan check out keesokan paginya..

tugas L0 tidak berakhir pada 11pm 25 nov begitu sahaja, kami dikehendaki menyusun semula gitar2 pinjaman participant ke dalam kotak..
aktiviti tersebut berlansung sehingga jam 2 am 26 nov, isk3..penatnye..

kepenatan kami akhirnya di anugerahi dengan sebuah gitar..
truly, setiap seorang L0 mendapat sebuah gitar..
hee...
hadiah ini diberikan atas penat lelah kami bersama2 membantu pegawai2 kebudayaan UKM menjayakan event nih..
BOSS kate, "pihak kami tidak tahu hendak memberikan apa sebagai ganjaran, justeru itu, setiap L0 wajar diberikan sebuah gitar sebagai tanda penghargaan.."


tettttt!

hehehe..kami sangat suke!
*even xtau maen pon..haha..

akhirnya!
penat seminggu jd L0, penat gak ako0 post mnde nih..panjang kowt.!!
fuuu..

*cdt to khadijah mohd sani @ katy!

congratez to uols yang menjayakan event nih..
.xkire L0, Puskeb, staff UKM, pcix POlis, n yang bermain gitar!

gudlux 4 everything !
take care!

- the end-

notakaki: ako0 xkan post mende panjang cmnih daa..=p

terima kasih.kalau suka sila like!