blog nih hanya luahan pendapat peribadi pandangan isi hati mengenai realiti hidup seorang manusia. BERSIH dan tidak mengandungi unsur-unsur yang tidak lazat dihati.insyaAllah. aku takde la baik sangat tapi aku suka berusaha untuk menjadi baik. aku pun manusia biasa, so maaf dipinta sekiranya terdapat salah dan silap dalam me'create' entries.
Showing posts with label nasihat. Show all posts
Showing posts with label nasihat. Show all posts

nafas hangis hamis ke wangi mangi?

assalammualaikum wbt..

salam sejahtera buat yang membaca...salam sejahtera sangat jugak buat yang cuci mata. straight to the point. entry berkaitan nafas. perkataan 'nafas' dalam entry nih adalah dimaksudkan 'kata-kata yang keluar dari mulut' oleh pembuat entry.* aku la tu..* kenapa la pulak aku nak cakap pasal kata-kata pulak la kan? takde sebab politik ke hape ke.ngade ngade jek nak share.

rujukan:
kata-kata yang buruk = nafas hangis hamis
kata-kata yang cantik = nafas wangi mangi

ok. untuk pengetahuan anda semua, bak kata cik ida waida, dalam belog beliau bicara sang ratu, kata-kata adalah satu doa, dan yang nak ditekankan disini ialah, kata-kata yang baik akan menjadi doa yang baik, kata-kata yang buruk akan menjadi doa yang buruk.

 berdasarkan pengalaman hidup aku selama ni, doa kita yang baik untuk seseorang, insyaAllah Allah yang satu akan kabulkan ke atas orang yang kita doakan itu. contoh kata-kata baik yang akan menjadi doa baik : 
"pandainya aneesa aqilah ni berkata-kata, agak berhemah caranya..."
*erk!    hee..so kata-kata ni la akan menjadi doa untuk aneesa aqilah ni haa..

 tetapi macam mana pula dengan doa yang buruk? kalau kata-kata yang buruk, most-of-them akan menjadi doa kepada si pembuat kata-kata tu. siapa pembuat kata-kata tu? haa, orang yang berkata-kata buruk tu la. yang tak berapa nak manjaga adab berkata-kata. contoh:
"aneesa aqilah tu pandai membebel je, bukan ada point pun dia cakap"
haa..ayat macam ni la yang akan menjadi doa buruk yang secara tak sengaja sebenarnya doa itu untuk diri anda sendiri.

jadi kawan-kawan..jaga lah setiap perkataan yang kita keluarkan dari mulut kita ni, untuk menjaga perkataan yang menjadi perlakuan (habit) ni, kita kena la jaga hati kita. jaga fikiran kita. sebelum kita berfikir yang buruk-buruk tentang orang lain, fikir dulu banyak mana keburukan kita. sebelum kita mencela orang lain dalam hati, sebelum kita berkata buruk tentang orang lain, perbaiki la kelemahan diri kita.

fikir lah kawan-kawan, kata-katayang  kita guna, ayat yang kita sampaikan, itu lah lambang dan imej diri yang kita bawa kepada orang lain. kalau buruk kata-kata kita, buruk lah imej kita. kalau cantik kata-kata kita, cantik lah imej kita. kadang-kadang, sesetengah orang menilai kata-kata seseorang yeng lain untuk melihat setinggi mana ilmu yang dia ada. so, pandai-pandai fikir la ye.

thats all.

p/s: jenguk -jenguk la blog cik ida waida, banyak nasihat yang dia kongsi. ^_^



terima kasih.kalau suka sila like!

kenal diri sendiri

assalammualaikum wbt..

*hiasan semata..saja nk entry hot! heee

entry terlatest (buat masa nih) incik Zul berkenaan betapa banyaknya spesies dan keturunan nates atau nama gila glamournya syaitonirrajim, timbullah kenangan 'manis' yang pernah aku dapat. incik Zul telah mensenaraikan betapa berbaris keturunan syaitan yang mungkin kita dah biasa dengannya, dan mungkin yang tak pernah dengan namanya.
baca kat sini---> BLOG INCIK ZUL

berbalik kepada tajuk sebenar. untuk pengetahuan anda sekalian, time bulan puasa ramadhan al mubarak ni la sebenar nya masa yang paling sesuai untuk mengenali hati budi diri anda sekalian. kenapa? sebab..hidup kita nih sememangnya dikelilingi syaitan2 sentiasa, kecuali di bulan puasa. kekadang  bila kita buat jahat, dengan tepatnya buat dosa, selalu alasan yang diberi "haish..! banyak betoi setan keliling nih"..
so, time bulan puasa, syaitan digari, diikat. jadi kalau dosa tetap berpanjangan dan tetap dilakukan, haa..tu lah diri kita sebenarnya..

kenangan manis? hm..ehem2..camni..
satu petang yang tak berapa nak petang, aku pernah bergusti kata-kata dengan kakak kesayangan. gusti punya gusti, tetibe mak jerit

"korang nih yang dok gadoh nih pasai pe? takde keje? nak kata kena sampuk syaitan, rasenye sume dah kena ikat......"

tett!!
barulah aku tesedar betapa teruknya aku nih, time puasa pun nak begaduh gaduh..hee

jadi kengkawan..kenalilah diri anda sendiri, perbaiki mana yang buruk, perbetul mana yang salah.
k selamat berpuasa!~
terima kasih.kalau suka sila like!