blog nih hanya luahan pendapat peribadi pandangan isi hati mengenai realiti hidup seorang manusia. BERSIH dan tidak mengandungi unsur-unsur yang tidak lazat dihati.insyaAllah. aku takde la baik sangat tapi aku suka berusaha untuk menjadi baik. aku pun manusia biasa, so maaf dipinta sekiranya terdapat salah dan silap dalam me'create' entries.

nafas hangis hamis ke wangi mangi?

assalammualaikum wbt..

salam sejahtera buat yang membaca...salam sejahtera sangat jugak buat yang cuci mata. straight to the point. entry berkaitan nafas. perkataan 'nafas' dalam entry nih adalah dimaksudkan 'kata-kata yang keluar dari mulut' oleh pembuat entry.* aku la tu..* kenapa la pulak aku nak cakap pasal kata-kata pulak la kan? takde sebab politik ke hape ke.ngade ngade jek nak share.

rujukan:
kata-kata yang buruk = nafas hangis hamis
kata-kata yang cantik = nafas wangi mangi

ok. untuk pengetahuan anda semua, bak kata cik ida waida, dalam belog beliau bicara sang ratu, kata-kata adalah satu doa, dan yang nak ditekankan disini ialah, kata-kata yang baik akan menjadi doa yang baik, kata-kata yang buruk akan menjadi doa yang buruk.

 berdasarkan pengalaman hidup aku selama ni, doa kita yang baik untuk seseorang, insyaAllah Allah yang satu akan kabulkan ke atas orang yang kita doakan itu. contoh kata-kata baik yang akan menjadi doa baik : 
"pandainya aneesa aqilah ni berkata-kata, agak berhemah caranya..."
*erk!    hee..so kata-kata ni la akan menjadi doa untuk aneesa aqilah ni haa..

 tetapi macam mana pula dengan doa yang buruk? kalau kata-kata yang buruk, most-of-them akan menjadi doa kepada si pembuat kata-kata tu. siapa pembuat kata-kata tu? haa, orang yang berkata-kata buruk tu la. yang tak berapa nak manjaga adab berkata-kata. contoh:
"aneesa aqilah tu pandai membebel je, bukan ada point pun dia cakap"
haa..ayat macam ni la yang akan menjadi doa buruk yang secara tak sengaja sebenarnya doa itu untuk diri anda sendiri.

jadi kawan-kawan..jaga lah setiap perkataan yang kita keluarkan dari mulut kita ni, untuk menjaga perkataan yang menjadi perlakuan (habit) ni, kita kena la jaga hati kita. jaga fikiran kita. sebelum kita berfikir yang buruk-buruk tentang orang lain, fikir dulu banyak mana keburukan kita. sebelum kita mencela orang lain dalam hati, sebelum kita berkata buruk tentang orang lain, perbaiki la kelemahan diri kita.

fikir lah kawan-kawan, kata-katayang  kita guna, ayat yang kita sampaikan, itu lah lambang dan imej diri yang kita bawa kepada orang lain. kalau buruk kata-kata kita, buruk lah imej kita. kalau cantik kata-kata kita, cantik lah imej kita. kadang-kadang, sesetengah orang menilai kata-kata seseorang yeng lain untuk melihat setinggi mana ilmu yang dia ada. so, pandai-pandai fikir la ye.

thats all.

p/s: jenguk -jenguk la blog cik ida waida, banyak nasihat yang dia kongsi. ^_^



terima kasih.kalau suka sila like!

1 comment:

....iDa WaiDa.... said...

assalam....waah, terharu la ada sebut name (walopon name samaran) n belog sayeeee..ngee =p
thanks ye..same2 kongsi mane yg patot dikongsi..

Post a Comment