blog nih hanya luahan pendapat peribadi pandangan isi hati mengenai realiti hidup seorang manusia. BERSIH dan tidak mengandungi unsur-unsur yang tidak lazat dihati.insyaAllah. aku takde la baik sangat tapi aku suka berusaha untuk menjadi baik. aku pun manusia biasa, so maaf dipinta sekiranya terdapat salah dan silap dalam me'create' entries.

Kaedah selamat dari maksiat

holla..salam
http://www.emocutez.com
semperna Raya Cina nih, aku share la sedikit sebanyak kaedah nak selamatkan diri daripada maksiat..*xde kene mengena
hee..
ok.


Rasulullah saw pernah bersabda,
setiap anak cucu keturunan Adam itu berdosa, dan sebaik-baiknya orang yang berdosa ialah yang mahu bertaubat.
HR At-Tarmidzi (2499), Ibnu Majah (4251), dan Ahmad (111/198)

antara kaedah2 yang ada,
  • Anggap dosa sebagai masalah yang besar
-seorang mukmin yang bertakwa, yang takut dan mengagungkan Tuhannya, ia akan menganggap bahawa dosa yang dilakukannya adalah satu masalah yang besar. baginya kesalahan yang dilakukan nya terhadap Allah swt bukanlah persoalan yang ak bererti.
-maknanya, anda perlu menganggap bahawa setiap dosa itu adalahsesuatu masalah yang besar, bukanlah perkara yang perlu dipandang remeh sahaja sekaligus meningkatkan sensitiviti terhadap dosa.
-setiap dosa samada kecil atau besar, ianya tetap dosa. justeru, dengan menganggap setiap dosa adalah masalah yang besar, kita dapat mengurangkan kadar perlakuan dosa yang selama ini kita lakukan, sehingga perlakuan dosa ini dapat dihentikan.
" sesungguhnya kalian biasa melakukan amal perbuatan yang dimata kalian lebih halus daripada sya'ir (gandum). padahal pada zaman Nabi saw kami menganggapnya termasuk dalam perbuatan yang merosakkan amal2 kebajikan."
  • jangan meremehkan dosa
"janganlah sekali-kali kalian meremehkan dosa, kerana sesungguhnya ia boleh menumpuk jadi satu pada seseorang untuk menghancurkannya. sesungguhnya seperti hal itu, Rasulullah saw pernah membuat perumpamaan seperti suatu kaum yang beristirehat di sebuah padang sahara. ketika tiba waktunya mereka hendak bersantap, salah seorang mereka berganjak pergi dan pulang dengan membawa seatang tongkat, sampai akhirnya boleh terkumpul menjadi banyak. mereka menyalakan api dan memasak apa sahaja yang mereka lemparkan ke dalamnya."

-
perumpamaan tadi merupakan perumpamaan yang sangat tepat dari manusia yang apabila terhimpunnya dosa2. memang tak berapa difikirkan sangat sebatang, dua tongkat yang dibaa datang,ianya tidak boleh digunkan untuk apa2. tetapi apabila tongkat itu cukup banyak sehingga menjadi setumpuk kayu bakar, ianya boleh digunakan untuk menyalakan api dan memasak hidangan.
-maksudnya, sekecil mana pon dosa, selagi ia diremehkan oleh seseorang manusia, ianya akan bertambah dan bertimbun menjadi banyak. dan akhirnya dosa kecil yang diremehkan tadi menjadi dosa yang besar.

"bersihkan dosa2 itu, baik kecil apalagi yang besar.
berbuatlah seperti orang yang berjalan di atas tanah yang berduri,
ia akan selalu waspada terhadap setiap yang dilihatnya.
jangan anggap remeh dosa yang kecil,
kerana sesungguhnya gunung itu berasal dari tompokan kerikil2 kecil."
  • jangan hebah apabila berbuat maksiat
pernah aku terbaca, yang ada beberapa nash agama yang munujukkan bahawa perbuatan maksiat yang dilakukan seseorang secara sembunyi2 itu lebih ringan dosanya daripada yang dilakukannya secara terang2an.

-bersumber dari Abu Hurairah ra,
Aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda : "Semua umatku diampuni kecuali orang2 yang melakukan perbuatan meksiat secara terang2an. salah satu contoh melakukan perbuatan maksiat secara terang2an ialah apabila seseorang melakukan perbuatan pada malam hari, pdahal Allah menutupinya, namun kemudian pada pagi harinya ia bercerita kepada orang lain:" hai polan, semalam aku melakukan ini dan itu". sebenarnya ia tidur malam dengan ditutupi aibnya oleh Tuhannya, tetapi pada pagi harinya ia menyingkap sendiri tabir Allah itu darinya."

  • taubat yang tulus dan benar
1) Tuhan gembira atas taubat hambaNya.
2)susuli maksiat dengan taubat
3) merasa hina dan remuk redam hatinya di hadapan Allah
*entry akan datang akan diulas lanjut mengenai taubat nih k..!
  • berdosa lagi? taubat la lagi..
seorang manusia kebanyakannya anak muda terjerumus ke dalam dosa. dia menyesal, bertaubat dan tidak mahu melakukannya lagi. tetapi kemudian dia berdosa lagi. dia menyesal lagi dan bertaubat kembali. demikian seterusnya, pada saat itu dia bertanya, "apakah aku masih lagi boleh bertaubat dan bertaubat lagi?"
sebenarnya kawan2, pertanyaan itu adalah sengaja dihembuskan oleh syaitan. makhluk durjana ini sengaja menggoda anak muda supaya berhenti bertaubat dan terus menerus dalam keadaan bermaksiat tanpa bertaubat.

"dosa yang pertama telah lewat, dan aku telah bertaubat darinya. ini adalah dosa lain, maka aku pun harus bertaubat lagi darinya. aku lebih baik mati atas taubat daripada mati dalam keadaan terus menerus berbuat dosa."

........................
bersambung
...........................

http://www.emocutez.com
terima kasih.kalau suka sila like!

No comments:

Post a Comment