blog nih hanya luahan pendapat peribadi pandangan isi hati mengenai realiti hidup seorang manusia. BERSIH dan tidak mengandungi unsur-unsur yang tidak lazat dihati.insyaAllah. aku takde la baik sangat tapi aku suka berusaha untuk menjadi baik. aku pun manusia biasa, so maaf dipinta sekiranya terdapat salah dan silap dalam me'create' entries.

bagaimana cara mengambil hati guru??

sempena hari guru ni, jom kita sama-sama ketahui cara untuk mengambil hati guru yang mengajar kita supaya mereka bersemangat dan semakin ikhlas menumpahkan ilmu kepada kita...haa, apa cara nya?????

1. Bersedia Sebelum Kelas Bermula

Amalkan membaca bab yang bakal dipelajari keesokan harinya. Dengan cara ini anda mendapat gambaran awal apa-apa yang bakal diajar oleh guru kelak.

2. Rajin Menghulurkan Bantuan

Berapa ramai pelajar yang bergegas membantu guru apabila melihat guru mereka membawa banyak buku atau barang-barang?
Sesetengah pelajar hanya membantu setelah guru memohon bantuan mereka! Sikap ini tidak betul kerana tiada salahnya anda menghulur tangan setiap kali keadaan guru anda memerlukannya.

3. Berikan Salam Semasa Berselsih

Selain daripada mengucapkan salam sebelum pembelajaran anda seharusnya sentiasa meringankan mulut untuk mengucapkan salam kepada guru-guru di mana- mana sahaja. Kedudukan guru tidak terhapus walaupun anda telah meninggalkan pagar sekolah.

4. Jaga Percakapan dan Tingkah Laku

Jangan sesekali meninggikan suara dab mengeluarkan perkataan yang kurang enak apabila berbicara dengan guru. Apabila bercakap dengannya, gunakan bahasa yang baik dan sesuai, berbeza dengan cara anda bercakap dengan kawan-kawan.

5. Terima Teguran Dengan Hati Terbuka

Apabila ditegur oleh guru anda, tundukkan kepala dan dengarlah apa-apa yang diperkatakannya dengan teliti. Begitu juga apabila menerima pendapat daripada guru anda, tunjukkan yang anda menerimanya dengan hati yang terbuka.

6. Jangan Menyinggung Perasaannya
menyinggung perasaan guru seolah-olah menyinggung perasaan ibu bapa sendiri.apabila mereka tersinggung dengan perbuatan atau perlakuan kita, agk sukar bagi mereka merestui setiap perlakuan kita. sebaiknya jangan lah kita menyinggung perasaan guru kita keran mungkin ilmu yang diberikan akan menjadi tidak berkat, dan sekiranya kita tidak sengaja membuatnya tersinggung, segera lah memohon maaf atas kesilapan yang kita lakukan.

terima kasih.kalau suka sila like!

3 comments:

IzzatSyahir said...

cadangan yang awak bagi ini amat membantu... terima kasih .!

Anonymous said...

SAYA ADA MASALAH MACAM MANA NAK AMBIL HATI CIKGU2 ...INSYALLAH SAYA AKAN CUBA TEKNIK2 NIH

Miss Azi said...

=)

Post a Comment