blog nih hanya luahan pendapat peribadi pandangan isi hati mengenai realiti hidup seorang manusia. BERSIH dan tidak mengandungi unsur-unsur yang tidak lazat dihati.insyaAllah. aku takde la baik sangat tapi aku suka berusaha untuk menjadi baik. aku pun manusia biasa, so maaf dipinta sekiranya terdapat salah dan silap dalam me'create' entries.

puasa?

assalammualaikum wbt,

kawan2, apa makna@ takrif puasa sebenarnya?*puasa di bulan ramadhan yang barakah ni*
mengikut kefahaman or pe yang saya belajar selama ni la..puasa adalah menahan diri dari makan dan minum serta perbuatan yang boleh membatalkan puasa, dari terbit fajar sehingga terbenam matahari..kawan2, apakah antara perkara yang membatalkan puasa ramadhan nih? antaranya, bersetubuh(bagi suami isteri), muntah dengan sengaja, keluar darah haid atau nifas,...dan sebagainya..

berkongsi ilmu mengenai puasa, bukan menjadi isu utama yang ingin diketengahkan saya sebenarnya. isu yang ingin diketengahkan ialah..adakah dalam masa kita menahan diri dai makan dan minum di bulan puasa, kita juga perlu menahan diri kita dari menunaikan solat yang wajib kita lakukan?

alkisah seorang kawan, bukan menfitnah tetapi sedikit meragui.
beliau seorang yang baik, rajin menimba ilmu agama, rajin berpuasa.beliau sangat bagus. apa yang saya ragukan disini adalah, dalam beliau menunaikan ibadah puasa ramadhan ni,adakah beliau turut menjalankan ibadah solat 5 waktu beliau dengan sempurna?

kenapa saya boleh meragui solat beliau?
sebenarnya begini, saya selalu melihat beliau berpuasa..namun jarang sekali beliau kelihatan menunaikan solat.
keraguan bertambah apabila, pada suatu masa di mana saya berada di samping beliau pada siang hari dalam bulan ramadhan. selesai sudah saya mendirikan solat zuhur,beliau masih belum bersedia menunaikan solat tersebut.pabila masuknya waktu asar, beliau masih belum bersedia menunaikan solat asar sedangkan saya sudah mula bersedia untuk menunaikan solat tersebut.
dengan menggunakan +ve thinking, saya beranggapan kemungkinan beliau tidak mampu untuk bersolat( uzur). keesokan hari, perkara yang seakan sama berlaku. keesokkan nya lagi, dengan tahap kemusykilan yang teramat tinggi, saya bertanya kepada beliau.

"ehm..anta,setakat ni puasa anta masih penuh?"
jawab beliau.."ya, masih.kenapa?"
"ehm.takde pape"

naaahhh..bagaimana solat zuhur dan asar yang dikhuatiri tadi?adakah beliau telah menunaikannya ataupun tidak?

kawan2, pengajaran disini ialah,
1) puasa ramadhan bukanlah satu2 nya ibadah wajib yang perlu kita tunaikan.solat 5 waktu adalah perkara wajib yang paling utama kita perlu lakukan. justeru, even dalam keadaan macam mana sekalipun, pastikan kita menjaga solat kita.
2) perihatin lah dengan perlakuan sahabat2 kita, ingatkan mereka sekiranya mereka terlupa. tegurlah mereka sekiranya terdapat perkara salah yang dilakukan mereka.

nasihat untuk diri sendiri dan anda semua.

wassalam
terima kasih.kalau suka sila like!

No comments:

Post a Comment