blog nih hanya luahan pendapat peribadi pandangan isi hati mengenai realiti hidup seorang manusia. BERSIH dan tidak mengandungi unsur-unsur yang tidak lazat dihati.insyaAllah. aku takde la baik sangat tapi aku suka berusaha untuk menjadi baik. aku pun manusia biasa, so maaf dipinta sekiranya terdapat salah dan silap dalam me'create' entries.

umat islam ilang kekuatan jika gagal bersatu!

perpaduan umat islam

“KELEMAHAN umat Islam bukan kerana kekuatan orang kafir sebab Allah SWT tidak beri pertolongan kepada orang kafir tetapi kepada kita (umat Islam). Jadi, kekuatan itu sepatutnya pada kita,” kata pendakwah yang juga Ahli Majlis Agama Negeri, Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin al-Maliki.

Beliau yang juga Penasihat Yayasan Sofa berkata, sebaliknya, umat Islam lemah dan tidak memiliki kekuatan kerana tiada sebab yang melayakkan mereka untuk mendapat kekuatan.

“Kita tidak ada perpaduan dan perhubungan di antara satu jemaah Islam. Apabila hendak bersalam (sesama umat Islam) kita tolak tetapi orang kafir kita terima. Inilah gambaran sifat ahli bidaah atau kumpulan ajaran sesat zaman dulu.

Syeikh Muhammad Fuad berkata, bab kepentingan perpaduan di kalangan umat Islam pernah disebut Nabi Muhammad SAW apabila Baginda sujud terlalu lama ketika solat sehingga sahabat menyangka Baginda sudah wafat.

Katanya, apabila ditanya sahabat selepas bangkit daripada sujud, Rasulullah bersabda Baginda memohon tiga perkara daripada Allah dan antaranya ialah meminta dijauhkan umat Islam daripada binasa disebabkan tangan sendiri.

Kita binasa sebab kita tidak bersatu. Kita boleh berjabat salam dengan orang kafir tetapi kita tidak pedulikan orang Islam yang mahu bersalam dengan kita. Sebaliknya, kita perangi dan caci orang Islam serta buka keaiban di hadapan musuh Islam.

“Siapa akhirnya yang untung? Siapa yang bertepuk tangan disebabkan perpecahan umat Islam? Sebab itu Salahuddin membersihkan kerajaannya daripada anasir bidaah dan mampu untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap usaha membebaskan Baitulmaqdis.

Mengikut sejarah, khalifah Abasiyyah mengisytiharkan Salahuddin sebagai Sultan Mesir pada Mei 1175 Masihi dan pada tahun itu juga beliau membina kota pertahanan di Kaherah.

Ketika berlaku perang Salib kedua pada 1187 Masihi, yang juga dikenali sebagai Perang Hittin dan dipimpin sendiri oleh Salahuddin hingga membuka jalan mudah untuk menawan kembali Baitulmaqdis.

Dendam dan kekecewaan golongan pembesar Kristian mencetuskan Perang Salib ketiga pada 1192 Masihi apabila mereka berusaha merampas semula Baitulmaqdis daripada orang Islam.

Walaupun perang Salib yang ketiga itu menggabungkan seluruh kekuatan negara Kristian, mereka gagal menggugat kekuatan tentera Salahuddin.

Pihak Kristian mengalami kekalahan apabila ramai tentera terbunuh dan tertawan. Baitulmaqdis yang dikuasai orang Kristian selama 88 tahun, dapat ditakluki semula oleh Salahuddin al-Ayubi.

apa sebenarnya punca perpecahan di kalangan umat islam???

SEJARAH perpecahan umat Islam bermula sebaik kewafatan Rasulullah SAW apabila ada pihak menolak kepemimpinan Khalifah Abu Bakar. Selagi manusia mampu dikuasai syaitan, perpecahan tetap berlaku. Syaitan berjanji memporak-perandakan seluruh keturunan Adam agar melakukan kemusnahan dan kerosakan di muka bumi akibat perpecahan.

Rasulullah SAW pernah memperkatakan mengenai perpecahan di kalangan umat Islam. Hadis diriwayatkan Tirmizi bermaksud: “Orang Yahudi berpecah kepada 72 golongan dan orang Nasrani juga berpecah sebanyak itu, tetapi umatku akan berpecah kepada 73 golongan.” Daripada 73 golongan itu, hanya satu golongan akan memasuki syurga, sedangkan yang lain itu bakal menghuni neraka.

Faktor utama menyebabkan perpecahan umat Islam ialah perebutan kuasa pemerintahan. Islam agama universal yang mementingkan perpaduan berdasarkan kepada satu matlamat iaitu mencari keredaan Allah. Firman Allah dalam surah al-Anbiya, ayat 92 bermaksud: “Sesungguhnya (agama Islam) ini adalah agama kamu semua, agama yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka sembahlah Aku.”

Menolak perpaduan dibawa oleh Islam samalah seperti menolak rahmat Allah. Allah menjanjikan kebahagiaan di dunia dan akhirat kepada mereka yang mementingkan ikatan persaudaraan dan menjauhkan persengketaan.

Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW mengambil pendekatan menyatukan seluruh puak dan keturunan dengan satu piagam seluruh umat Islam adalah bersaudara.

bagaimana perpaduan dapat dipupuk dan diperkukuhkan?

1) aktiviti kerohanian seperti solat berjemaah, bacaan yaasin berjemaah, tadarus Al Quran, muzakarah dll

2) penekanan aktiviti sukan.(bersukan bersama)

3) aktiviti kejiranan seperti bergotong royong atau ‘berderau

justeru, sahabat - sahabat ku sekalian, marilah kita bersatu padu memperjuangkan islam. elakkanlah dari perpecahan yang bakal menjatuhkan agama yang kita cintai, agama islam.

berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

“perpaduan asas kejayaan.”

~wassalam~

luahan pena...



· · Share

terima kasih.kalau suka sila like!

No comments:

Post a Comment