blog nih hanya luahan pendapat peribadi pandangan isi hati mengenai realiti hidup seorang manusia. BERSIH dan tidak mengandungi unsur-unsur yang tidak lazat dihati.insyaAllah. aku takde la baik sangat tapi aku suka berusaha untuk menjadi baik. aku pun manusia biasa, so maaf dipinta sekiranya terdapat salah dan silap dalam me'create' entries.

perkataan 'derr', 'dow' dan 'kowt'

di zaman globalisasi yang teramat nih, memang tak dapat dinafikan banyak makhluk bergelar manusia dilahirkan dan disebabkan 'banyak' itulah wujudnya pelbagai medium bahasa perantaraan antara mereka.dan kebanyakan daripada manusia2 ini telah mewujudkan bahasa2 yang sememangnya kalau boleh hanya difahami makhluk sejenis dan sekampung.*ayat skema buat karangan bahasa melayu tahap spm!
*isk..tak mampu da nak berbasan basin nih.haha!

ok!! ..kita kembali normal dengan gaya lama.

penggunaan perkataan 'derr', 'dow' dan ' kowt' selalu diguna pakai dek remaja2 masa kini yang memang update gaya bahasanya. selama perhatian aku sejak berabad2 yang lalu, perkataan 'derr' biasanya digunakan oleh jejaka2 yang rasa mereka akan macho dengan penggunaannya,n ternyata mereka2 macho.. ^.-

contoh penggunaan perkataan2 nih,

" gua rase lu da banyak bikin gua panas ,derr! jangan cari pasal lagi dengan gua,ok! belebam gak biji mata lu gua sebat kang.."<-- nada marah.

"derr, jum kita pekena teatarik maple, de sedapnye gak memalam nih lepak sane." <--ayat selamba

yeke guna camtuh?humm..dunno la~

'dow' plak...perkataan nih biase lelaki guna, perempuan pon guna. senang citer semua orang guna ar. yek?

"aku da dapat rase dia dapat tau bende nih , dow. kite kena gerak cepat nih, kalau tak nahas kita...!"<--nada bengang ke?hmm..

"aku tau dow mende nih, takde kejadahnye kita dok pepagi buta buat mende alah nih."

'kowt' plak..hah..yang nih biase nye gadis2 remaja yang guna..

"aku mane de g kedai tadi.kowt! aku dok umah jek.."

jadik, kesimpulannya. aku sebenanye tak yakin bila perkataan2 nih diguna pakai, n untuk ape ianya digunakan..tapi ape yang aku nak nasihat sikit, perkataan2 nih bukan semua orang buleh terime penggunaan nye. so, kite kena guna bila kita rase ianya buleh digunakan tanpa melukakan hati orang lain.he..

k tammat!!

p/s: aku pon gune perkataan2 nih.. lalala~
terima kasih.kalau suka sila like!

No comments:

Post a Comment