assalammualaikum wbt..
tujuan entry ni ditaip adalah untuk panduan pelajar-pelajar sekolah yang nak masuk ujian. nak mengaja cara-cara membuat karangan bagus,sedap dan lazat dimana karangan yang ditulis bakal mendapat sponsor site dalam buku contoh karangan cemerlang. raya-raya jugak, merdeka..merdeka jugak, jangan sampai lupa yang anda kanak-kanak akan menghadapi peperiksaan terutamanya kanak-kanak PMR dan SPM.
ok ye kanak-kanak, cara yang bakal dikongsi ini boleh digunakan dalam pelbagai jenis karangan bukan berformat. tidak kira untuk bahasa inggeris ataupun bahasa melayu. untuk MUET pun boleh guna tips ni k...
jum!
perenggan 1:
(introduksi/introduction)
mesti tulis kakak saya cantik dan pandai sebab dia baik. o0ps..silap..hee
- tulis semula tajuk karangan,atau huraikan semula topik yang diberikan berdasarkan pandangan anda.
- buat overview dan points statement. maksudnya, list kan points yang bakal kamu gunakan untuk karangan tu. -contoh: antara punca meningkatnya kadar gejala sosial di kalangan remaja sekolah ialah kurangnya bimbingan ibu bapa, tiada nilai murni yang diterapkan di sekolah, dan bla bla bla bla..
perenggan 2:
permulaan isi..
- ayat pertama mestilah pemberitahuan isi.- contoh: kekurangan bimbingan dan jagaan daripada ibu bapa menyumbang kepada peningkatan gejala sosial di kalangan remaja sekolah.
- huraikan isi..
- sebaiknya bagi contoh yang bernas
- (kalau nak tambah ayat, boleh je bagitahu semula isi tadi)
perenggan 3 dan perenggan 4:
sama macam perenggan dua sebab perenggan ini kan juga menerangkan isi2 penting yang dah kamu buat dalam mind map..hee..
perenggan 5:
(penutup/conclusion)
- secara konklusinya, bla bla bla bla..
- disebabkan ianya adalah konklusi, so wajiblah kamu menyenaraikan kembali isi-isi penting yang dah kamu gunakan dalam karangan. maksudnya: punca bla bla bla adalah bla bla bla bla..
- kalau nak sedap, letak harapan kamu..pastikan harapan tak lari daripada topik. jangan plak mintak bukan bukan.
tu je..karangan biar jelas, padat dengan isi dan tidak berulang-ulang. gunakan peribahasa, penanda wacana dan lain2 dengan kesesuaian pada tempatnya. ok? sekiranya tak yakin menggunakan peribahasa, jangan lah pandai2 guna. nanti salah maksud, peribahasa lari daripada konsep karangan lagi susah.
*pemeriksa karangan memang baik hati, tapi jangan la sesekali kamu buat surat cinta untuk mereka.
"tolonglah, sayan harap sangat dapat A karangan nih"
tak payah..terima kasih je. mereka memang tak kan layan.
tu je dari cikgu aneesa aqilah..kikiki
selamat menempuh peperiksaan.
No comments:
Post a Comment