blog nih hanya luahan pendapat peribadi pandangan isi hati mengenai realiti hidup seorang manusia. BERSIH dan tidak mengandungi unsur-unsur yang tidak lazat dihati.insyaAllah. aku takde la baik sangat tapi aku suka berusaha untuk menjadi baik. aku pun manusia biasa, so maaf dipinta sekiranya terdapat salah dan silap dalam me'create' entries.

hatiku milik-Mu


Puas sudah,
Kucari kebahagian,
Di sisi teman-teman,
Kudapat hanya kelalaian,

Ku cari lagi,
Di hati seorang kekasih,
Kudapat hanya kekecewaan,

Dan ku terus mencar
i,
Dalam meniti hari,
Penuh kekosongan…

Oh, di mana lagi harus ku mencari,
Membawa sekeping hati,
Yang sarat kerinduan,
Rindu yang tiada haluan,

Aku keliru sendiri,
Apa yang kucari,
Apa yang kuperlukan
Aku masih tak bisa mengerti,

Yang pasti,
Kekosongan hati ini minta diisi..

Sejenak ku tersedar,
Aku mencari cinta agung,
Buat jiwaku yang merindukan,
Hakikat kebenaran,
Cahaya yang membelah kegelapan,
Melimpah cemerlang mengisi kekosongan.

Ku sedar,
Destinasi pencarianku di sini,
Ku mencari-Mu Tuhan,
Mengharap keredhaan,
Menagih kebahagiaan,
Dari sinar cahaya iman
................................................................

sajak ini adalah petikan dari novel ringkas 'hatiku milikmu' tulisan FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN dan editornye adalah DR. SALBIAH SELIMAN..



novel ringkas ini adalah pemberian seorang rakan kepada ako0..trimas @ terima kasih diucapkan kepada beliau..
sape2 yang blom bace, ako0 sediakan link scribd novel ringkas nih kat bawah nih..
gudlux untuk semua..!

http://www.scribd.com/doc/2056561/Hatiku-Milikmu


novel ringkas ni, sangat bez bg ako0..n i wanna share it..

-wassalam-

terima kasih.kalau suka sila like!

No comments:

Post a Comment