ini kerana, lelaki adalah pemimpin dan mereka akan dipertanggungjawabkan ke atas apa yang mereka pimpin.
memang tak dapat dinafikan, citarasa setiap lelaki berbeza-beza. ada yang meletakkan paras rupa yang cantik itu sebagai keutamaan. namun bagi sesetengah lelaki pula, cantik itu adalah sesuatu yang subjektif. mereka menilai cantik itu bukan hanya pada paras rupa, bahkan melihat cantik itu pada budi pekerti, tutur bicara dan akhlak wanita yang ingin dikahwininya. tidak kurang juga ada lelaki yang lansung tidak ambil peduli tentang keutamaan dalam memikat pasangan. golongan ini adalah golongan yang rugi.
"seorang wanita dinikahi kerana empat sebab :kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. maka hendaklah engkau merebut yang empunya agama, itulah yeng terbaik." (riwayat Bukhari & Muslim)
kenapa perlu kepada penghayatan agama ? kerana padanya ada kekayaan akhlak.
wanita pula jangan terlalu 'daring' dalam usaha memikat bakal suami. jangan mudah 'offer' diri pada keluarga si lelaki untuk menyuruh mereka meminang kita. ini tidak mani. biar mereka yang bekerja keras memikat kita. disitulah mahalnya harga diri seorang wanita.
jalan yang terbaik mengungkai hati yang sudah terpikat dan mengharap terus diikat oleh jejaka pilihan, perkemaskan munajat dengan Allah, perbanyakkan bangun malam dan meminta Allah memberi petunjuk dalam urusan jodoh.
sumber : Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmood.
No comments:
Post a Comment