meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa hanyalah padaMu
maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMU
didalam dada, kuharap hanya diriMu yang bertakhta
-opick-
Ya Allah, ampunkan dosaku. tatkala ini, hati sering terusik dan jiwa terus digoda dengan kehadiran seorang lelaki yang belum pasti menjadi suamiku. sememangnya kupinta kemunculan bakal suri hati, tapi sekiranya kehadirannya membuat aku terus lupa kepadaMu, tariklah dia semula daripada ku. dalam sedar aku telah lebih mengngatinya darpada mengingatiMu. Ampunkan aku ya Allah. sesungguhnya aku hanyalah hambaMu yang tersangat rapuh dalam mengingatiMu.
Ya Allah ya tuhanku,
sekiranya dia adalah jodohku,
dekatkanlah hatinya kepada ku..
sekiranya bukan dia yang menjadi jodohku,
jauhkanlah hatiku daripada terus menyukainya,
dan ampunkanlah dosa dosa ku ya Allah..
sahaja aku melupakan dia kerana Allah Taala..
3 comments:
andai dia jodoh, jauhkan dari perkara yang memudaratkan hubungan kami.
betul..huu~
bila keseorangan
di kala malam
di ruangan raudhah ku bersendirian
menadah doa menagih belas sang Pencipta Alam....
dosa-dosaku dan dosa-dosanya ku beristighfar
agar kelak dibersihkan segala hati yang pudar
rahmat dan nikmatmu tidak ku bersyukur
disaat ini aku bermunajat mohon kepadamu ya Ghaffur....
jika aku ini layak untuknya
dan dia layak untukku
maka dekatkanlah kami dalam mencari keredhaanmu
supaya hati-hati ini tenang dengan takdirmu...
~adny~
Post a Comment