blog nih hanya luahan pendapat peribadi pandangan isi hati mengenai realiti hidup seorang manusia. BERSIH dan tidak mengandungi unsur-unsur yang tidak lazat dihati.insyaAllah. aku takde la baik sangat tapi aku suka berusaha untuk menjadi baik. aku pun manusia biasa, so maaf dipinta sekiranya terdapat salah dan silap dalam me'create' entries.

detik syawal yang bahagia : mohon doa dari kalian

date updated: 28 ogos 2011
assalammualaikum wbt..

dikala kita bergembira, ada juga orang yang bersedih di pagi raya. eh..belum raya lagi la..haha ..semangat!

setelah berapa lama blog tak diupdate,kini jari memetik kembali keyboard ni haa.bukan malas nak update, tapi sibuk dengan perkara yang lebih penting. untuk pengetahuan hadirin, dua malam yang lalu, aku berada di bangi, umah pakcik n makcik tersayang serta opah yang kucintai.. 2 hari berturut-turut aku berulang dari bangi ke hospital serdang untuk melawat pakcik aku. beliau telah disahkan mendapat jangkitan paru-paru (ayah aku yang cakap) dan beliau sedang dijaga dengan rapi oleh kakak nurse yang kiut miut. dengan ditempatkan di icu, keadaan beliau yang sebelum ini yang agak stabil, menjadi semakin kritikal. (isterinya memberitahu kami dalam keadaan sebak)..bernafas dengan bantuan saluran (pe ntah namanya), beliau mempunyai tekanan darah yang kurang daripada normal.

justeru itu kengkawan, di kesempatan ini , aku memohon doa kengkawan sekalian, mohon doakan pakcik kesayangan ni dapat meraikan hari raya disamping isteri, anak-anak serta saudara mara yang disayangi. insan yang berumur akhir 30-an ini, mempunyai 3 cahaya mata yang mana mereka semua masih menuntut di sekolah rendah. mohon didoakan,supaya Allah swt dapat memberikan yang terbaik bagi beliau, dan keluarga beliau. aku dan mak ayah stay di bangi untuk menjadi wakil keluarga bagi upacara solat hajat dan bacaan yasin di surau berdekatan rumah beliau.

terima kasih buat kengkawan yang sudi mendoakan. budi dan keihlasan saudara saudari mendapat balasan daripadaNya.


 nama beliau: abdul razak bin ahmad.

wassalam~

p/s: ajal maut di tangan Tuhan,tak kira masa tua mahupun muda, hargailah setiap detik anda bersama keluarga dan masa yang diperguna untuk beribadah kepadaNya.


terima kasih.kalau suka sila like!

No comments:

Post a Comment