blog nih hanya luahan pendapat peribadi pandangan isi hati mengenai realiti hidup seorang manusia. BERSIH dan tidak mengandungi unsur-unsur yang tidak lazat dihati.insyaAllah. aku takde la baik sangat tapi aku suka berusaha untuk menjadi baik. aku pun manusia biasa, so maaf dipinta sekiranya terdapat salah dan silap dalam me'create' entries.

tutorial make up simple untuk gadis!

assalammualaikum wbt..

hah! belog diupdate untuk tutorial terbaru bagi anak gadis supaya menjadi perempuan tercantik di muka bumi Allah swt nih..simple jek cara make up nih, boleh dikenakan pada waktu bermacam-macam. dan kesannya insyaAllah permanent.


*credit untuk incik google~

make sure procedure ikut betul-betul supaya wajah anda wahai gadis-gadis sekalian tidak comot ok~


  1. pertama sekali, untuk mengekalkan kelembapan kulit sepanjang hari anda, sapukan toner wuduk. pastikan cara meratakan toner dilakukan dengan lembut. cara meratakan toner? mudah je. dimulakan dengan membasuh tangan,niat (sahaja aku berwuduk untuk membersihkan diri dari hadas kecil kerana Allah ta'ala), basuh muka (pastikan air rata dari anak rambut di dahi sehingga bawah dagu dan 'sideburn'),basuh tangan sehingga ke siku, menyapu air rambut, diikuti kedua belah telinga, dan diakhiri dengan basuh kedua kaki.
  2. next, sapukan foundation tutupan aurat. pastikan setiap bahagian yang perlu ditutup di cover dengan sempurna. caranya, memakai pakaian yang longgar, secantiknya baju kurung ataupun jubah. tapi kalau nak bersukan tu, agak2 la nak pakai jubah pun ye, pakai tracksuit cheetah pun ok asalkan longgar dan menutup keseluruh badan. hah! rambut! tutup dengan rapi, tak kesah la nak pakai selendang ke tudung bawal ke ape ke.(seluruh bahagian kecuali tapak tangan dan muka).
  3. face powder or compact powder, gunakan compact powder solat lima waktu sehari semalam. pastikan digunaka dengan rapi dan kemas meliputi subuhm, zuhur, asar, maghrib dan isya supaya tak jadi makcik tepung komak.
  4. untuk menambahkan lagi kecantikan mata anda, gunakan eyeliner dan eyeshadow qiamullail. iaitu bangun malam sekitar jam 3 pagi untuk melakukan beberapa solat sunat. tak susah pun, sekurang-kurangnya solat sunat tahajud, solat sunat taubat, solat sunat hajat, solat sunat tasbih dan solat sunat witir. cara melakukan solat2 sunat ini, mungkin anda boleh mintak tolong incik nadzmy wat entry pasal solat sunat k! ^_^
  5. manakala untuk bibir yang menawan, sapukan lipliner atau lipgloss zikrullah (zikir zikir Allah) . pastikan lipliner rata ke seluruh bibir, dan dilukis cantik dengan tasbih serta tahmid. cara ni pun tak susah, jadikan 'subhanallah walhamdulillah walailah haillahllah wallah huakbar, wala haula wala kuawwata illah billah hil aliyyil azim' sebagai bacaan setiap hari.
  6. last but not least, untuk menaikkan kewujudan pipi gebu anda, sapukan blusher bacaan Al-Quran pada tulang pipi supaya pipi kelihatan lebih menawan. ok!!!

so, done! simple je kan. kesimpulannya kanak-kanak gadis sekalian, gunakan cara make simple nih. kesannya permanent cantik macam oki setiana dewi. 


*cantikkan!

thats all! tenkiu!

terima kasih.kalau suka sila like!

2 comments:

mr_right said...

wuhuu.. nice sharing.
btw, tentang contest tu, lambat lagi tarikh tutupnye. sampai 30hb sept. jadi kalau ade mase, jemput la join ek.

mr right pon baru buat segmen untuk kemerdekaan. jemput2 lah join jugak ek(:

http://hafizilmi.blogspot.com/2011/08/segmen-kibarkan-jalur-gemilang-di-blog.html

ceritera aneesa said...

ok!~

Post a Comment